Yingluck Shinawatra
Yingluck Shinawatra

Yingluck Shinawatra

Yingluck Shinawatra (Bahasa Thai: ยิ่งลักษณ์ ชินวัตร, rtgs: Yinglak Chinnawat, Sebutan bahasa Thai: [jîŋ.lák tɕʰīn.nā.wát]; lahir 21 Jun 1967) ialah seorang ahli perniagaan dan ahli politik Thailand, anggota Parti Pheu Thai, dan Perdana Menteri Thailand ke-28. Yingluck ialah perdana menteri wanita yang pertama dan antara yang termuda di Thailand.[1][2]Dilahirkan di wilayah Chiang Mai, Yingluck meraih ijazah sarjana muda di Universiti Chiang Mai dan ijazah sarjana dari Universiti Negeri Kentucky, kedua-duanya dalam bidang pentadbiran awam.[3] Beliau menjadi seorang eksekutif dalam syarikat perniagaan yang diasaskan oleh abangnya, Thaksin Shinawatra, dan selepas itu menjadi presiden syarikat pemaju hartanah SC Asset dan pengarah pengurusan Advanced Info Service. Sementara itu, abangnya Thaksin menjadi Perdana Menteri, tetapi digulingkan oleh tentera yang merampas kuasa lalu melarikan diri ke luar negara setelah disabitkan oleh tribunal kerana menyalah guna kuasa.Pada Mei 2011, Parti Pheu Thai yang menjalin pertalian rapat dengan Thaksin, mencalonkan Yingluck sebagai calon Perdana Menteri pada pilihan raya umum.[4][5] Keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa Pheu Thai memenangi 47% peratus undi dan 265 darpada 500 kerusi Dewan Perwakilan Thailand,[6] oleh itu menjadi kali kedua majoriti parlimen diraih oleh sebuah parti sahaja sepanjang sejarah Thailand (kali pertama parti abangnya Thai Rak Thai).Dalam krisis politik pada Mei 2014, Mahkamah Perlembagaan Thailand menyingkirkan Yingluck daripada jawatannya akibat daripada perpindahan berkontroversi seorang pegawai keselamatan utama pada 2011.[7]

Rujukan

WikiPedia: Yingluck Shinawatra http://202.47.224.92/en/news.php?id=255302100028 http://www.cbc.ca/news/canada/story/2011/07/04/f-y... http://www.bangkokpost.com/business/news/389909/yi... http://www.bangkokpost.com/news/politics/245126/po... http://www.bangkokpost.com/news/politics/382021/pm... http://www.bloomberg.com/news/2011-05-16/sister-of... http://edition.cnn.com/2008/WORLD/asiapcf/12/17/ta... http://www.nationmultimedia.com/2011/07/05/nationa... http://www.nationmultimedia.com/home/Thaksin-asset... http://online.wsj.com/article/SB100014240527487042...